Hati-hati perdukunan dan kemusyrikan dengan tampang Islami!

Seperti bangkai yang diberi tepung renyah lalu digoreng atau kotoran ayam yang dibungkus dengan plastik yang cantik berkilau, dua hal inilah yang bisa menggambarkan betapa hinanya praktik perdukunan dan kemusyrikan berkedok agama yang kian marak belakangan ini.

Yang menjadi korban fenomena ini adalah mereka yang masih awam dalam pengetahuan agama atau pun mereka yang terjebak sikap fanatik terhadap tokoh atau golongan tertentu. Hal yang sungguh  mengenaskan adalah fenomena perdukunan ini didukung dan disponsori oleh majalah-majalah bahkan sampai menjadi program unggulan televisi. Pemakaian atribut-atribut islami, penggunaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan hal yang semacamnya menjadi alat untuk mengkamuflasekan kemusyrikan dan perdukunan yang dilakukan oleh para (maaf) dukun yang mengaku ustad atau kiyai, sehingga Baca lebih lanjut

Iklan

Pentingnya Ilmu Tajwid Al-Qur’an


Dalam membaca Al-Quran kita wajib membacanya dengan bacaan yang terbaik yang mampu kita laksanakan. Yang dikehendaki dengan bacaan yang baik itu ialah membaca Al-Quran dengan bertajwid, kerana Nabi Muhammad S.a.w telah mengajarkan Al-Quran dan membacanya secara bertajwid kepada para Sahabat, kemudian Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in, begitu jugalah para Salafus-Soleh.

Firman Allah Ta’ala : Surah Al-Baqarah [121] – (الذين ءاتيناهم الكتاب يتلونه حق تلاوته أولئك يؤمنون به)

Telah berkata Imam Al-Alusi tafsir bagi ayat yang di atas (sekira-kira kata beliau) : membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan, iaitu bacaan dengan sepenuh hati (tumpuan), membacanya dengan meraikan dhobt lafaz (ضبط اللفظ), dan taammul pada maknanya”. Oleh itu yang dikehendaki dari ayat tersebut ialah membacanya dengan bertajwid, iaitu meraikan setiap baris huruf, sukun, baris atas, bawah, hadapan, tanwin, sabdu, izhar, ikhfa’, iqlab dan sebagainya yang termasuk dalam “bertajwid”. Maka kita dituntut agar membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w, samada dari segi lafaznya mahupun bacaannya.

Telah berkata Imam Al-Qurra’ Ibnu Al-Jazari di dalam kitab Matan Toiyibatun Nasyr :

والأخذ بالتجويد حتم لازم * من لم يصحح القرءان ءاثم

لأنه به الاله انزل * وهكذا منه الينا وصلا

Membaca Al-Quran tanpa bertajwid seolah-olah mengubah terhadap apa yang diturunkan di dalam Al-Quran, dan mengubah setiap sesuatu yang ada di dalam Al-Quran itu adalah ditegah dan berdosa (berdasarkan kepada umumnya lafaz ayat Al-Quran). Maka membaca Al-Quran secara bertajwid itu sesuatu yang dituntut atau dengan ertikata wajib bagi orang yang hendak membaca Al-Quran itu membacanya dengan bertajwid, oleh itu barangsiapa yang tidak memperbaiki bacaannya ketika membaca Al-Quran akan berdosalah ia sekiranya tiada usaha untuk ke arah itu.